At-Tahriim (66) : 1
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ تَبْتَغِي مَرْضَاتَ أَزْوَاجِكَ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ASBAB 1
Diriwayatkan Hakim, An-Nasai dengan sanad yang sahih, dari Anas, bahawasannya Rasulullah saw mempunyai pelayan yang dicampuri. Namun kerana Siti Hafshah selalu merongrongnya, beliau kemudian mengharamkan atas dirinya tetapi kemudian turun ayat 1 ini. Diriwayatkan oleh At-Tabrani dari lbnu Abbas. la berkata bahawa suatu ketika Rasulullah mengharamkan madu terhadap dirinya sendiri. ltu dilakukan setelah beliau diketahui meminum madu dari Zainab binti Jahsy oleh isteri-isteri beliau yang lain (Aisyah dan Hafshah). Keduanya cemburu kepada beliau. Maka dari itu, Allah menurunkan ayat 1 ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)