An-Nisaa’ (4) : 32
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
TAFSIR 1
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Ummu Salamah bertanya, "Wahai Rasulullah, kaum lelaki boleh berperang tetapi mengapa kami tidak? Padahal kami juga hanya mendapat separuh dari harta warisan." Lalu Allah swt menurunkan ayat ini. (HR Ahmad dan Tirmidzi) ((Karena) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan) maksudnya semua yang ia terima merupakan balasan dari amal perbuatannya sendiri. Jika baik perbuatannya balasannya juga baik. Sebaliknya, jika buruk perbuatannya balasannya juga buruk. Ini pendapat Ibnu Jarir. Kemudian Allah swt menunjukkan kepada mereka suatu hal yang baik untuk mereka lakukan. Dia berfirman (Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya) maksudnya janganlah kalian iri pada kelebihan orang lain kerana selain kelebihan itu sudah diatur, iri itu pun tidak ada gunanya. Sebaliknya, mohonlah kurnia itu dari-Ku nescaya Aku beri. Sebab, Aku Maha Pemurah dan Maha Pemberi. (Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu) maksudnya Dia Maha Tahu siapa yang patut mendapatkan (kekayaan) dunia dan memberinya bahagian serta siapa yang pantas miskin dan membiarkannya tetap miskin. Selain itu, Dia juga Maha Tahu siapa yang pantas mendapatkan (pahala) akhirat sehingga Dia tetapkan untuk selalu beramal, dan (tahu pula) siapa yang pantas mendapatkan kehinaan sehingga tidak ia beri kesempatan untuk menempuh kebaikan dan jalan menuju-Nya.
Rujukan: 1999: 230 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud ayat (Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebagian kamu atas sebagian yang lain) janganlah kalian menginginkan apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. Ayat ini turun berkaitan dengan wanita yang iri hati terhadap kedudukan lelaki dan hak-hak mereka. Maka Allah melarang hamba-hamba-Nya dari keinginan yang batil dan memerintah mereka untuk memohon apa yang dikurniakan Allah, kerana keinginan seperti itu akan melahirkan iri hati dan kelaliman". Ibnu Jarir berkata, 'Kaum lelaki memiliki bahagian berupa pahala dan seksa sebagai imbalan sesuai amal perbuatannya, amal baik atau buruk. Demikian pula kaum wanita, sebagaimana halnya kaum lelaki, memiliki bahagian berupa pahala dan seksa sebagai imbalan sesuai amal perbuatannya." Maksud ayat (Dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya) mohonlah kepada Allah dari pertolongan dan taufik-Nya untuk mengamalkan apa yang diredhai-Nya, berupa ketaatan kepada-Nya. Ada riwayat yang menjelaskan tentang makna ini bahawa Rasulullah saw bersabda, 'Mohonlah kalian kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya kerana Allah suka bila diminta dan ibadah yang paling utama adalah menunggu jalan keluar.' Maksud ayat (Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu) Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang bermanfaat bagi hamba-hamba-Nya, berupa kebaikan yang dikurniakan kepada mereka. Dia meninggikan darjat sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain dalam masalah agama dan dunia serta selain itu (ketetapan dan hukum-hukum-Nya). Janganlah kalian menginginkan sesuatu yang tidak ditetapkan-Nya untuk kalian namun kalian wajib untuk mentaati-Nya, menerima perintah-Nya, redha terhadap ketetapan-Nya dan memohon sebahagian dari kurnia-Nya.
Rujukan: 2001: 663-670 (Tafsir al-Tabari)