Al-Jin (72) : 1
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
ASBAB 1
Diriwayatkan Bukhari dan At-Tirmizi, dari Ibnu Abbas bahawasanya sekumpulan jin mendengarkan Rasulullah sedang membaca Al-Quran ketika beliau sedang mendirikan solat subuh bersama para sahabatnya. Kemudian selesai solat, beliau menceritakan hal itu kepada para sahabat melalui ayat yang baru turun itu.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)