Al-Muddassir (74) : 21 (Blok: 20-22)
ثُمَّ نَظَرَ
Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
Al-Muddassir (74) : 21 (Blok: 18-23)
ثُمَّ نَظَرَ
Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
TAFSIR 1
Qatadah berkata. "Mereka menyangka bahawa ia berkata, 'Demi Allah, aku sungguh melihat apa yang dikatakan oleh lelaki itu dan ternyata itu bukanlah sebuah syair. Sungguh terdapat kemanisan dan kefasihan. Sesungguhnya itu tidaklah ada yang boleh menandinginya sehingga aku tidak meragukan lagi bahawa itu adalah sebuah sihir."' Kemudian Allah swt menurunkan ayat, (Sekali lagi, celakalah dia! Bagaimana dia menetapkan?) Lalu ayat (Lalu berwajah masam dan cemberut) maksudnya iaitu mengerutkan sesuatu yang ada di antara mata dan muram.
Rujukan: 1999: 963-964 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini berkenaan dengan Al Walid bin Mughirah kerana keingkaran dan kesombongannya. Di sini Allah menceritakan bagaimana keingkarannya iaitu dia memikirkan dan memalsukan dalam dirinya perkataan untuk mencela Al-Quran. Juga dia mengada-adakan tuduhan terhadap Al-Quran dan mengira-ngirakannya sehingga dia mendapati apa yang ada dalam jiwa orang-orang Quraisy dan sesuai dengan tujuan mereka. Kemudian Allah menghairankan perkiraan dan dakwaannya. Kerana itu, dia dilaknati dan diazab dalam keadaan bagaimanapun, dia mereka-reka perkataan. Kemudian dia memperhatikan urusan Al-Quran itu berkali-kali, barangkali dia dapat menemukan dengan fikirannya, apa yang mereka senangi dan sampai kepada apa yang mereka inginkan. Selanjutnya wajahnya menjadi cemberut ketika tidak dapat tipu daya dan tidak diketahui apa yang hendak dikatakannya. Pada akhirnya, dia memalingkan wajahnya dari kebenaran dan berbalik ke belakang dengan kesombongan serta tidak mahu tunduk dan tidak mengakuinya.
Rujukan: 2001: 299-300 (Tafsir al-Tabari)