An-Nabak (78) : 32 (Blok: 31-35)
حَدَائِقَ وَأَعْنَابًا
(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
TAFSIR 1
Dalam ayat ini, Allah menjelaskan tentang orang-orang yang berbahagia kerana mendapatkan kemuliaan dan kenikmatan yang terus-menerus. Berkaitan dengan firman Allah (Sungguh, orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan) Ibnu Abbas dan Ad-Dhahak berkata, "Mereka adalah orang-orang yang menyucikan Allah," sementara Mujahid dan Qatadah berkata, "Mereka mendapatkan kemenangan sehingga selamat dari api neraka." Di antara dua pendapat itu, kiranya yang lebih tepat adalah pendapat Ibnu Abbas. Hal itu kerana ayat berikutnya menyebutkan kata "Kebun-kebun," iaitu kebun-kebun yang ditanami kurma-kurma dan tumbuhan lain serta berbagai macam kenikmatan lainnya.
Rujukan: 1999: 975 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Dalam ayat ini Allah menerangkan bahawa orang-orang yang bertakwa itu akan diselamatkan dari api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga, mereka mendapat kemenangan dengan apa yang mereka rasakan, semua yang mereka minta mereka dapatkan. Pendapat ini didasarkan kepada riwayat Mujahid, riwayat senada juga disampaikan Qatadah dan Ibnu Abbas. Yang dimaksud dengan (Kebun-kebun) adalah keterangan dan penerjemahan dari sebuah kemenangan, jadi bisa dikatakan bahawa orang-orang bertakwa itu memperoleh kemenangan dengan apa yang mereka minta berupa kebun-kebun dan anggur. (Gadis-gadis montok yang sebaya) ertinya adalah pasangan dalam umur yang sama, pendapat ini disampaikan oleh Ibnu Abbas dan Qatadah. (Dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman)) iaitu gelas yang penuh, mengalir terus-menerus disediakan bagi para peminumnya kerana begitu banyaknya, keterangan ini disampaikan Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Al Hassan, Mujahid dan Qatadah. Dan ada banyak lagi riwayat-riwayat lainnya yang menjelaskan penggalan ayat ini dengan makna lain iaitu gelas-gelas yang jernih, pendapat ini disampaikan Ikrimah. (Disana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun (perkataan) dusta) dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa orang-orang yang berada di syurga tidak akan mendengar perkataan yang batil ataupun perkataan yang mendustakan satu sama lain, pendapat ini disampaikan oleh Qatadah dan Ibnu Zaid.
Rujukan: 2003: 488-489 (Tafsir al-Tabari)