Abasa (80) : 2 (Blok: 1-2)
أَنْ جَاءَهُ الْأَعْمَى
Kerana ia didatangi orang buta.
ASBAB 1
Diriwayatkan At-Tirmizi dan Al-Hakim, Aisyah menceritakan bahawa Allah menurunkan Abasa berkenaan dengan Ibnu Ummi Maktum yang buta. Dia menemui Rasulullah, lalu berkata "Rasulullah, berilah aku bimbingan." Saat itu, Rasulullah sedang menerima kunjungan para pemuka kaum musyrikin. Oleh kerana itu, Rasulullah mengabaikannya dan memerintahkan yang lain. Ibnu Ummi Maktum bertanya "Apakah menurutmu perkataanku salah?" Beliau menjawab "Tidak." Kemudian, turun surah ini sebagai teguran kepada Rasulullah.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)