Al-Alaa (87) : 6
سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنْسَى
Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Tabrani dari lbnu Abbas. la berkata "Setiap kali Jibril datang menyampaikan wahyu, Rasulullah cepat-cepat mengulangnya sebelum Jibril pergi kerana khawatir lupa terhadap wahyu yang diterimanya. Kemudian Allah menurunkan ayat ini sebagai penegasan bahawa Allah menjamin dirinya tidak akan lupa."
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)