Ad-Dhuha (93) : 4 (Blok: 1-5)
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Said bin Manshur dan Al-Faryabi dari Jandab bahawasanya suatu kali, Jibril tidak turun kepada Rasulullah untuk beberapa lama lalu kaum musyrikin mengatakan bahawa Muhammad telah ditinggalkan. Maka dari itu, Allah menurunkan ayat 1-3. Diriwayatkan oleh Thabrani dalam Al-Ausat dari Ibnu Abbas bahawasanya kepada Rasulullah telah diperlihatkan sesuatu yang akan dialami umatnya sepeninggalan beliau nanti. Rasulullah pun berbahagia. Kemudian Allah berfirman ?Sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu dari pada permulaan.? Diriwayatkan oleh Hakim, Baihaqi dalam Dala?il, Thabrani dan perawi lainnya dari Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah menjadi berbahagia setelah Allah memperlihatkan kepadanya sesuatu yang akan dialami oleh umatnya sebentar lagi. Kemudian Allah berfirman ?Sungguh kelak Rabbmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu sehingga engkau menjadi puas.?
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)