At-Takathur (102) : 1 (Blok: 1-4)
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ibnu Abi Hatim bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan dua kabilah Ansar iaitu bani Haristah dan bani Harts yang saling menyombongkan diri dengan harta mereka. Maka dari itu, turunlah ayat ini sebagai teguran. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ali Bin Abi Thalib. la berkata "Semula aku pernah meragukan terhadap seksa kubur. Kemudian, turunlah ayat 1 sampai 4 ini." Keyakinan beliau pun semakin teguh.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)