Al-Ikhlaas (112) : 2 (Blok: 1-4)
اللَّهُ الصَّمَدُ
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ibnu Abi Hatim, dari Ibnu Abbas bahawasanya sekelompok orang Yahudi mendatangi Rasulullah saw. Di antara mereka ada Kaab bin Asyraf dan Huyay bin Akhthab, mereka bertanya, Wahai Muhammad sebutkan sifat-sifat Tuhanmu? Oleh kerana itu, turunlah ayat ini sebagai jawapannya ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)
ASBAB 2
Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Abu Jaafar Ar-Razi Ar-Rabi bin Anas dari Anas bin Malik dan dari Aisyah bahawa Labid bin Al A'sham, seorang Yahudi, menyihir Rasulullah. Lalu turunlah Surah Al Mu'awwidzatain. Setiap kali Rasulullah membaca satu ayat, satu tali terputus, begitu seterusnya sehingga seluruh tali terlepas. Jibril langsung merukyah beliau dengan bacaan "Dengan menyebut nama Allah, aku merukyahmu dari segala yang menyakitimu, keburukan pendengki dan kejahatan. Semoga Allah menyembuhkanmu." Pengaruh sihir ini terhadap Rasulullah hanya sebatas pengaruh pada sebahagian urusan duniawinya, bukan dalam perkara yang berhubungan dengan wahyu.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)