Al-Ma'idah (5) : 42
سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Al-Humaidi dalam Musnad-nya dari Jabir bin Abdullah, dia berkata bahwasanya seorang lelaki dari bani Fadk telah melakukan perzinaan. Lalu mereka menulis surat kepada para pembesar Yahudi di Madinah untuk menanyakan hukuman terhadap hal itu. Apabila Rasulullah memutuskan dengan hukuman jemur dan pukul, mereka akan melaksanakannya tetapi jika memerintahkan rejam, mereka tidak akan melaksanakannya. Akan tetapi Rasulullah saw memerintahkan untuk merejam. Lalu turunlah ayat 42 ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)