Al-Ma'idah (5) : 68
Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu ugama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)" Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas, dia berkata bahawa suatu ketika Rafi, Salam bin Misykam,dan Malik bin Shaif dari golongan Ahli Kitab berkata "Wahai Muhammad, bukankah engkau mengaku bahawa sesungguhnya dirimu itu mengikuti agama Nabi Ibrahim dan beriman kepada kitab-kitab yang ada pada kami?" Rasulullah menjawab, "Benar akan tetapi kalian telah menyelewengkan isi-isi kitab itu dan kalian kufur terhadapnya. Kalian telah menyembunyikan apa yang diperintahkan untuk dijelaskan kepada manusia. " Mereka berkata "Sesungguhnya, kami melaksanakan seluruh ajaran yang ada pada kami dan kamilah yang berada dalam petunjuk dan kebenaran." Lalu turunlah ayat 68 ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)