Al-An'am (6) : 93
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupunr kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ikrimah bahawasannya ayat yang berbunyi (Siapakah yang lebih zalim) turun berkenaan dengan Musailamah Al Kadzab. Sementara itu, ayat (Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah) turun berkenaan dengan Abdullah bin Abu Saad bin Abu Sarh, seorang pencatat wahyu Rasulullah saw. Ketika Rasulullah mendiktekan, (Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana) dia mengubahnya dengan (Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.) Dia sempat murtad dan bergabung dengan kaum kafir Quraisy. Imam As-Saddi mengeluarkan riwayat yang hampir sama tetapi ada tambahan iaitu bahawa Musailamah berkata "Jika diturunkan wahyu kepada Muhammad, diturunkan pula wahyu yang sama kepadaku. Jika ayat yang sama diturunkan Allah kepada Muhammad, demikian pula denganku. Namun Muhammad berkata "Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." Aku berkata 'Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."'
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)