Al-An'am (6) : 118
فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ
Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan At-Tirmizi dari Ibnu Abbas, dia berkata bahawa ada beberapa orang datang kepada Rasulullah saw Ialu mereka berkata "Wahai Rasulullah, apakah kami diperbolehkan memakan apa yang kami bunuh dan tidak memakan apa yang dibunuh oleh Allah (bangkai)?" Lalu turunlah ayat 118 ini dan tiga ayat berikutnya sebagai jawapan atas pertanyaan mereka.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)