Al-A’raaf (7) : 40
إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.
HADISNYA
Dari Haritsah bin Wahab r.a, dia berkata, bahawa dia mendengar Nabi saw bersabda "Mahukah kalian aku beritahu tentang ahli syurga?" Para sahabat berkata "Mahu." Rasulullah saw bersabda "Iaitu setiap orang yang lemah dan melemahkan diri, seandainya ia bersumpah demi Allah, pasti akan dilaksanakan. " Kemudian beliau bertanya lagi "Inginkah kamu sekalian aku beritahukan tentang ahli neraka?? Mereka menjawab "Mahu." Beliau bersabda "Iaitu setiap orang yang kejam, bengis dan sombong. "
No Hadis: 5092
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)