Surah Al-Hajj:5
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Agama Islam   Tauhid  Pengingkar hari Kebangkitan (162 ayat)  
Iman   Hari Akhir  Hari Kebangkitan (79 ayat)  
Ilmu   Bukti ilmiah dan isyarat terhadap kejadian penting yang telah dibuktikan oleh penemuan ilmu moden  Manusia dan kejadiannya (62 ayat)  
Ilmu   Bukti ilmiah dan isyarat terhadap kejadian penting yang telah dibuktikan oleh penemuan ilmu moden  Tumbuh-tumbuhan (11 ayat)  
Ilmu   Bukti ilmiah dan isyarat terhadap kejadian penting yang telah dibuktikan oleh penemuan ilmu moden  Tanam-tanaman (20 ayat)  
Sosial   Manusia  Kejadian manusia (31 ayat)  
Sosial   Manusia  Mulia dan hinanya (154 ayat)  
Sosial   Manusia  Panjang umur melemahkannya (5 ayat)  
Sosial   Lelaki dan perempuan (140 ayat)  
Sosial   Bangsa  Dijadikan dari satu jiwa (39 ayat)  
Page 1 of 0
©2025 Quranology

Search