As-Saaffat (37) : 16
أَإِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ
Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?
As-Saaffat (37) : 17
أَوَآبَاؤُنَا الْأَوَّلُونَ
Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)?
As-Saaffat (37) : 18
قُلْ نَعَمْ وَأَنْتُمْ دَاخِرُونَ
Jawablah (wahai Muhammad): "Ya, benar !(Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina ".
As-Saaffat (37) : 19
فَإِنَّمَا هِيَ زَجْرَةٌ وَاحِدَةٌ فَإِذَا هُمْ يَنْظُرُونَ
(Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).