Tentang QURANOLOGY

Image

Tentang QURANOLOGY

Selamat datang ke laman web QURANOLOGY, sebuah aplikasi Al-Quran yang bertujuan untuk menyediakan ilmu pengetahuan mengenai kandungan Al-Quran yang berpandukan tema yang telah disusun oleh para ilmuan yang pakar dalam bidang ini.

Pembangunan aplikasi web-based ontology Al-Quran yang kami namakan QURANOLOGY adalah sebuah aplikasi ekplorasi ayat-ayat Al-Quran berasaskan tema-tema yang telah disusun atur oleh pihak yang pakar ilmu dalam ilmu Al-Quran. Aplikasi ini dibangunkan setelah kajian ilmiah mengenai konsep tema berasaskan ontologi telah diselesaikan dijalankan sebelum ini yang dibiayai melalui dana penyelidikan Research Acculturation Grant Scheme (RAGS) pada tahun 2012.

Pembangunan aplikasi QURANOLOGY adalah dibiayai melalui dana penyelidikan Prototype Development Research Grant (PRGS) pada tahun 2019. Ia adalah merupakan kesinambungan penyelidikan Ontologi Al-Quran yang bertujuan untuk menghasilkan model ontologi Al-Quran berasaskan tema bagi membolehkan kandungan Al-Quran dipelajari dengan menggunakan teknologi komputer.
 
Pengguna boleh melihat teks Al-Quran, mencari kata kunci, ayat, dan frasa dalam Al-Quran yang akhirnya dirujuk kepada tema-tema yang bersesuaian. Selain itu, penguna boleh membaca dan menghayati terjemahan Al-Quran, serta mendengar bacaan Al-Quran dari Qari yang tersohor.
 
Ciri-ciri QURANOLOGY 
  • Ketepatan - adalah faktor terpenting dalam QURANOLOGY. Teks yang disediakan adalah teks Al-Quran digital yang paling dipercayai dan tepat daripada penyedia sistem Tanzil.Net. Teks Al-Quran Uthmani sepenuhnya sesuai dengan Mushaf Madinah dan gaya penulisan teks adalah sesuai dengan Mushaf standard.

  • Carian - Fungsi carian adalah komprehensif dengan keupayaan mencari maklumat di dalam tema ataupun teks Al-Quran. Dengan menggunakan teknologi semantik, carian boleh dibuat berasaskan kata kunci atau ayat yang pelbagai.

  • Multi Platform - Sistem QURANOLOGY boleh dicapai melalui komputer peribadi (Laptop) atau mobil dengan paparan yang menarik dan ringkas. Paparan antara muka yang "User-Friendly" menjadikan sistem ni mesra pengguna dan mudah untuk digunakan.

Aplikasi QURANOLOGY diharap dapat membantu pengguna memahami kandungan Al-Quran yang dijelaskan melalui klasifikasi tema serta maklumat sokongan yang disediakan seperti Asbabun Nuzul, Hadis, Ilmu Pengetahuan, Video dan Audio.
©2024 Quranology

Search