Surah Al-Hajj:18
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.
 Surah An-Naml:18
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Ilmu   Bukti ilmiah dan isyarat terhadap kejadian penting yang telah dibuktikan oleh penemuan ilmu moden  Haiwan dan binatang kecil (93 ayat)  
Ilmu   Bukti ilmiah dan isyarat terhadap kejadian penting yang telah dibuktikan oleh penemuan ilmu moden  Bahasa binatang (8 ayat)  
Page 1 of 0
©2026 Quranology

Search