Surah Al-Hujuraat:11
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Amal   Perbuatan yang diharamkan  Perkataan (Ucapan)  Mengejek dengan sinis (4 ayat)  
Akhlak   Akhlak yang tercela  Sifat yang buruk (5 ayat)  
Akhlak   Akhlak yang tercela  Pencela (4 ayat)  
Akhlak   Akhlak yang tercela  Menghina (36 ayat)  
Akhlak   Akhlak yang tercela  Memanggil dengan gelaran yang buruk (1 ayat)  
Page 1 of 0
©2025 Quranology

Search