Surah Al-Baqarah:96
   
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.
 Surah Al-Anfaal:9
   
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.
 Surah Al-Anfaal:65
   
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
 Surah Al-Anfaal:66
   
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.
 Surah Al-Hajj:47
   
Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
 Surah Al-Qadr:3
   
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Agama Islam   Tauhid  Ancaman bagi orang yang berbuat kerosakan, durhaka, dan fasik (35 ayat)  
Iman   Hari Akhir  Mengutamakan akhirat daripada dunia (40 ayat)  
Amal   Amal soleh  Al Ehsan (berbuat baik) (37 ayat)  
Amal   Perbuatan yang diharamkan  Ancaman bagi orang yang membuat kerosakan (31 ayat)  
Akhlak   Akhlak yang terpuji  Berbuat baik (37 ayat)  
Akhlak   Akhlak yang tercela  Berbuat Kerosakan (32 ayat)  
Harta   Kaya  Fitnah dari harta (31 ayat)  
Teladan   Qarun (11 ayat)  
Page 1 of 0
©2025 Quranology

Search