Surah Asy-Syuraa:15
   Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir
Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Agama Islam   Tauhid  Orang-orang kafir  Mengikuti kekufuran (11 ayat)  
Agama Islam   Tauhid  Orang-orang kafir  Wajib berpaling dari orang kafir (16 ayat)  
Agama Islam   Muhammad Rasulullah S.A.W  Keperibadiannya (12 ayat)  
Agama Islam   Agama Lain  Ahlul kitab (Yahudi dan Nasrani)  Wajib memberi kemudahan kepada selain penyebar perang dari mereka (45 ayat)  
Iman   Para Nabi dan Rasul  Kearifan mereka dalam berdakwah (15 ayat)  
Iman   Hari Akhir  AI-Hasyr (hari dikumpulkannya manusia di Padang Mahsyar) (114 ayat)  
Iman   Hari Akhir  Pembalasan sesuai dengan amal (72 ayat)  
Amal   Tanggungjawab  Tanggungjawab atas perbuatannya (50 ayat)  
Amal   Tanggungjawab  Tidak ada tanggungjawab atas perbuatan orang lain (9 ayat)  
Amal   Amal soleh  Istiqamah dalam kebaikan (29 ayat)  
Dakwah   Hikmah (bijaksana) dalam berdakwah  Dakwah wajib dengan hikmah (25 ayat)  
Akhlak   Akhlak yang terpuji  Istiqamah (28 ayat)  
Hukum   Tata tertib memberi keputusan  Adil (19 ayat)  
Hukum   Tata tertib memberi keputusan  Memberi hukum dengan adil (25 ayat)  
Page 1 of 0
©2025 Quranology

Search