Ar-Rahmaan (55) : 8
أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; |
Ar-Rahmaan (55) : 9
وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. |
Al-Mutaffifiin (83) : 1
وَيْلٌ لِلْمُطَفِّفِينَ
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), |
Al-Mutaffifiin (83) : 2
الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, |
Al-Mutaffifiin (83) : 3
وَإِذَا كَالُوهُمْ أَوْ وَزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. |
Al-Mutaffifiin (83) : 4
أَلَا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ
Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? |
Al-Mutaffifiin (83) : 5
لِيَوْمٍ عَظِيمٍ
Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), |
Al-Ashr (103) : 1
وَالْعَصْرِ
Demi Masa! |
Al-Ashr (103) : 2
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - |
Al-Ashr (103) : 3
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. |
Page 2 of 2