Al-Waaqiah (56) : 55
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir فَشَارِبُونَ شُرْبَ الْهِيمِ
Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas. |
Al-Waaqiah (56) : 56
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir هَذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ الدِّينِ
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu. |
Al-Waaqiah (56) : 74
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu). |
At-Taghaabun (64) : 7
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir زَعَمَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ لَنْ يُبْعَثُوا قُلْ بَلَى وَرَبِّي لَتُبْعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْ وَذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
(Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: "Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. |
Al-Jin (72) : 7
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir وَأَنَّهُمْ ظَنُّوا كَمَا ظَنَنْتُمْ أَنْ لَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ أَحَدًا
`Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat). |
أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? |
بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). |
بَلْ يُرِيدُ الْإِنْسَانُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُ
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat). |
يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ
Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?" |
فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), |
Page 13 of 17