Al-Qalam (68) : 47
أَمْ عِنْدَهُمُ الْغَيْبُ فَهُمْ يَكْتُبُونَ
Atau adakah di sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)? |
Al-Qalam (68) : 48
فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تَكُنْ كَصَاحِبِ الْحُوتِ إِذْ نَادَى وَهُوَ مَكْظُومٌ
Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan. |
Al-Qalam (68) : 49
لَوْلَا أَنْ تَدَارَكَهُ نِعْمَةٌ مِنْ رَبِّهِ لَنُبِذَ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ مَذْمُومٌ
Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya). |
Al-Qalam (68) : 50
فَاجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَجَعَلَهُ مِنَ الصَّالِحِينَ
Selepas itu Tuhannya memilihnya, serta menjadikan dia dari orang-orang yang soleh. |
Al-Qalam (68) : 51
وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ
Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila". |
Al-Qalam (68) : 52
وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ
Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya. |
Al-Muzzammil (73) : 15
إِنَّا أَرْسَلْنَا إِلَيْكُمْ رَسُولًا شَاهِدًا عَلَيْكُمْ كَمَا أَرْسَلْنَا إِلَى فِرْعَوْنَ رَسُولًا
Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. |
Al-Muddassir (74) : 1
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ
Wahai orang yang berselimut! |
Al-Muddassir (74) : 2
قُمْ فَأَنْذِرْ
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). |
An-Naaziaat (79) : 45
إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرُ مَنْ يَخْشَاهَا
Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu. |
Page 16 of 17
