An-Najm (53) : 14
عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى
Di sisi "Sidratul-Muntaha"; |
An-Najm (53) : 15
عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى
Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa". |
An-Najm (53) : 16
إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. |
An-Najm (53) : 17
مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. |
An-Najm (53) : 18
لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى
Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya. |
Page 2 of 2