أُولَئِكَ لَهُمْ رِزْقٌ مَعْلُومٌ
Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum, |
فَوَاكِهُ وَهُمْ مُكْرَمُونَ
Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan, |
فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ
Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat. |
عَلَى سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ
Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran; |
يُطَافُ عَلَيْهِمْ بِكَأْسٍ مِنْ مَعِينٍ
Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir, |
As-Saaffat (37) : 46
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir بَيْضَاءَ لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ
Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya, |
As-Saaffat (37) : 47
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir لَا فِيهَا غَوْلٌ وَلَا هُمْ عَنْهَا يُنْزَفُونَ
Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya. |
As-Saaffat (37) : 48
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ عِينٌ
Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya; |
As-Saaffat (37) : 49
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir كَأَنَّهُنَّ بَيْضٌ مَكْنُونٌ
(Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. |
وَالَّذِينَ اجْتَنَبُوا الطَّاغُوتَ أَنْ يَعْبُدُوهَا وَأَنَابُوا إِلَى اللَّهِ لَهُمُ الْبُشْرَى فَبَشِّرْ عِبَادِ
Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu - |
Page 13 of 22