Al-Haaqqah (69) : 15
فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ
Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, - |
Al-Haaqqah (69) : 16
وَانْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَهِيَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ
Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh), |
Al-Haaqqah (69) : 17
وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ
Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu. |
Al-Maarij (70) : 8
يَوْمَ تَكُونُ السَّمَاءُ كَالْمُهْلِ
(Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair, |
Al-Maarij (70) : 9
وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ
Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan) |
Al-Muzzammil (73) : 14
يَوْمَ تَرْجُفُ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ وَكَانَتِ الْجِبَالُ كَثِيبًا مَهِيلًا
(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah. |
Al-Muddassir (74) : 8
فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ
Kerana apabila telah ditiup sangkakala, |
Al-Qiaamah (75) : 7
فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), |
Al-Qiaamah (75) : 8
وَخَسَفَ الْقَمَرُ
Dan bulan hilang cahayanya, |
Al-Qiaamah (75) : 9
وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, |
Page 4 of 8
