Soal Selidik Pengguna QURANOLOGY

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Tuan/Puan responden yang dihormati,

Kami kumpulan penyelidik pembangunan sistem aplikasi web ontologi Al-Quran (QURANOLOGY) sedang menjalankan kajian tentang tahap penggunaan QURANOLOGY bagi mengenalpasti sejauh mana aplikasi QURANOLOGY berjaya mencapai objektifnya. Tujuan utama soal selidik ini ialah untuk mengetahui dua perkara iaitu: 1) profil umum pengguna QURANOLOGY, dan 2) tahap kebolehgunaan aplikasi QURANOLOGY. Data dari soal selidik ini adalah sulit dan tanpa nama (anonym) dan akan digunakan untuk tujuan kajian akademik sahaja. Soal selidik ini dibahagikan kepada empat (4) bahagian: A,B,C dan D. Bahagian A adalah maklumat umum tentang responden, bahagian B untuk menentukan pengukuran tahap kebergunaan penggunaan QURANOLOGY, bahagian C untuk mengukur pandangan pengguna terhadap kemudahan penggunaan QURANOLOGY, dan bahagian D pula untuk mengukur tahap kepuasan penggunaan QURANOLOGY.

Pengisian soal selidik ini akan mengambil masa lebih kurang dari 5 minit sahaja, InsyaAllah. Kami memohon kerja sama tuan/puan untuk memberi maklumbalas dan menjawab keseluruhan soalan di dalam soal selidik ini.

Tuan/puan boleh:

1) Melayari QURANOLOGY di alamat berikut: Aplikasi Quranology
2) Menjawab soal selidik di alamat berikut: Soal Selidik Quranology

Sekiranya tuan/puan mempunyai pendidikan Agama, khususnya dalam bidang Al-Quran, pihak kami bebesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi maklum balas terhadap soal selidik berikut:

Menjawab soal selidik pakar : Soal Selidik Pakar

Sekiranya tuan/puan mempunyai apa-apa pertanyaan, bolehlah menghubungi ketua projek Prof Madya Dr. Azman Ta’a melalui emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau menelefon ke nombor: 0184742680.

Terima Kasih.
©2025 Quranology

Search