Surah Ali-Imran:200
   
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
 Surah Al-Ahzab:10
   
Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Agama Islam   Tauhid  Tauhidullah  Wujudullah (84 ayat)  
Iman   Hari Akhir  AI-Hasyr (hari dikumpulkannya manusia di Padang Mahsyar) (114 ayat)  
Ilmu   Bukti ilmiah dan isyarat terhadap kejadian penting yang telah dibuktikan oleh penemuan ilmu moden  Isyarat kepada gaya tarik bumi (5 ayat)  
Ilmu   Bukti ilmiah dan isyarat terhadap kejadian penting yang telah dibuktikan oleh penemuan ilmu moden  Isyarat kepada adanya gelombang suara (11 ayat)  
Page 1 of 0
©2026 Quranology

Search