Al-Jin (72) : 7
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir وَأَنَّهُمْ ظَنُّوا كَمَا ظَنَنْتُمْ أَنْ لَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ أَحَدًا
`Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat). |
أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? |
بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). |
Al-Qiaamah (75) : 36
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَنْ يُتْرَكَ سُدًى
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? |
Al-Qiaamah (75) : 37
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِنْ مَنِيٍّ يُمْنَى
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? |
Al-Qiaamah (75) : 38
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّى
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? |
Al-Qiaamah (75) : 39
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir فَجَعَلَ مِنْهُ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنْثَى
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan. |
Al-Qiaamah (75) : 40
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir أَلَيْسَ ذَلِكَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَى
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)! |
Al-Mutaffifiin (83) : 4
Asbabun Nuzul Doa Hadis Multimedia Tafsir أَلَا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ
Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? |
Page 8 of 8