Al-Waaqiah (56) : 51
ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا الضَّالُّونَ الْمُكَذِّبُونَ
Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), |
Al-Waaqiah (56) : 52
لَآكِلُونَ مِنْ شَجَرٍ مِنْ زَقُّومٍ
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, |
Al-Waaqiah (56) : 53
فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ
Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, |
Al-Waaqiah (56) : 54
فَشَارِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ الْحَمِيمِ
Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, |
Al-Waaqiah (56) : 55
فَشَارِبُونَ شُرْبَ الْهِيمِ
Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas. |
Al-Waaqiah (56) : 56
هَذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ الدِّينِ
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu. |
At-Tahriim (66) : 6
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. |
At-Tahriim (66) : 7
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَعْتَذِرُوا الْيَوْمَ إِنَّمَا تُجْزَوْنَ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan". |
Al-Mulk (67) : 7
إِذَا أُلْقُوا فِيهَا سَمِعُوا لَهَا شَهِيقًا وَهِيَ تَفُورُ
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. |
Al-Haaqqah (69) : 30
خُذُوهُ فَغُلُّوهُ
(Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, - |
Page 9 of 15
